BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 19, 2010

Telahku pasrah


Terjaga aku dari lena

Tatkala jiwa lara ini mula pulih

Panahan sepi menusuk kamar hati

Kehadiranmu bagaikan alunan ombak

Datang kerana angin

Pergi kerana arus

Meninggalkan insan ini menanggis dalam kepiluan.


Pemergianmu yang tanpa pamitan

Meninggalkan aku jatuh di atas jambatan yang merentasi lautan berduri

Tiada bintang yang menghiasi taman kasih ini

Cahaya mentari telah malap ditelan arus masa

Kegelapan malam yang membebankan

Tulangku merasai kesejukkan malam ini.


Ketika ombak pecah

Telahku pasrah

Ruangan ini cukup menderita

Apabila masa kian berlalu

Aku meronta meminta kebebasan

Meskipun

Tiada lagi kekuatan untukku.


Aku dihembus badai nan pilu

Pengalaman semalam mengajarku erti ketabahan

Dalam asmaraloka yang penuh dengan derita ini

Adakah secebis cahaya untukku???

0 comments: